Friday, June 12, 2009

Kan pergi jua...

Assalammualaikum...

Lama sungguh jari2 ini tak menari mencoret rasa..kesibukan yang melanda membuatkan diri perlu memilih antara prioriti atau kehendak hati...mungkin ini entri yang terakhir kerana final exam menjelang tiba,perlu sedikit fokus maklumlah orang lemah perlu usaha lebih banyak...

Hmm..semalam huda sedikit terkejut menerima bertubi-tubi mesej spam dr senior2 ku di Mesir ditambah lagi sms dr Jia ku sayang kt cairo..kandungannya menyentuh hati,menggegar jiwa,mengundang keinsafan...sesungguhnya hidup ini hanyalah pinjaman semata-mata dan bila tiba waktunya perlu dipulangkan semula kepada Pemilik yang Hak..

Masih segar lagi di ingatan bilamana membaca mesej yang memaklumkan tentang kemalangan yang menimpa sahabat2 di bumi anbiya'..apa yang lebih menyayat hati ada jiwa yg terkorban..takziah buat keluarga mangsa Allayarham Muhammad Amar yang pulang ke rahmatullah semalam..mengikut berita yang dikhabarkan dr prubatan on9:

5 pelajar perubatan Kaherah tersebut terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu beriringan dgn sebuah trailler akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah. Dan antara mangsa yang cedera parah itu dua darinya adalah senior huda sewaktu di SMAPL dulu (batch spm05)...mungkin tidak pernah bertegur sapa sekadar mengenali nama namun atas dasar persaudaraan Islam, pernah bersama-sama menuntut ilmu di bumi SMAPL, terasa sakit peha kanan walau yang dicubit peha kiri..sewaktu menulis entri ni saudara Abdul Rahman Bin Ramdzan dah sedar alhamdulillah,tp dia patah dekat nearly semua tulang kecuali skull dan saudara Muhammad Akram Bin Abd Kadir pulak masih koma...pohon doa dari kalian walaupun tidak mengenali mereka..

Bila menerima khabar buruk ini huda jadi penasaran ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yg terjadi..makanya dari satu blog ke blog yg lain huda ziarahi hingga sampai ke blog Allahyarham Amar yang terkorban...hati ini diruntun kesedihan dan keinsafan bilamana membaca ungkapan di blog Allahyarham yg berbunyi


"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat..
Laksana anak-anak akhirat..
Melihat dunia dari jendela akhirat.."


Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..sesungguhnya takdir hidup kita ini sememangnya di dalam genggaman Yang Maha Kuasa..apa pun bisa terjadi dalam sedetik langkau waktu..sahabat2 yang masih muda renta,sedang berjuang mencari ilmu pon bisa dipanggil pulang ke rumah abadi di sisiNya..apa yang terjadi mungkin adalah teguran dan pengajaran Allah ke atas diriku yang semakin alpa dan lalai agar sentiasa beringat yg 'exam' plg besar dlm hidup ini bisa bertandang x mengenal waktu...rasa terkilan,sedih semue brcampur baur ,x sangka dgn apa yg terjadi,diharap Allah sembuhkan senior2ku dan moga mereka tabah dengan dugaan yg menimpa diri...hari ini mungkin hari mereka,entah esok lusa kita pula..

p/s: ingin tahu lebih lanjut..boleh ke blog--> kak ayu..skali lagi mohon didoakn mereka lebih2 lagi kawan2 kt smapl yg kenal aman ng akram ni..

7 comments:

[eNvIrOnmEnTliS] said...

smoga kite yg msih hidup nih akan sdar sblom terlmbt
dan sedekahkanla alfatihah buat yang pergi~
~alfatihah~

[sakuradila] said...

Dari Allah kita dtg,kepada Allah kita kembali..

biFa_dhilah said...

al fatihah.

fareast said...

akh ammar, satu kehilangan.
Al Fatihah

Harithmkt90 said...

Salam..insyaallah fi amanilla.kabarnya dia meninggal dalam keadaan wajahnya tersenyum..mungkin amalannya selari dengan amalan ahli syurga.kerdilnya kita.

cerah said...

moge Allah merahmati mereka dan kita,aminn

Harithmkt90 said...

Salam..huda..g blog aku..
.then jgn klik kat gambar, dkat ngan lagu tu.klik kat 'click here to get one'...then belah tepi kiri ada categories,kat situ click pada bitoqah arabiyyah..Insyaallah..dengan izin Allah..