Sunday, December 21, 2008

PROGRAM JALINAN UKHWAH 2008 (APIS)

Assalammualaikum..

Lama sudah tak menulis..rindu rasa hati ini..ingin berkongsi sedikit coretan pengalaman sewaktu menyertai Pogram Jalinan Ukhwah 2008 anjuran Alumni Pelajar Islam Sbp di Institut Latihan Dakwah Selangor dari 19 hingga 21 Disember yang lalu.


Terima kasih pada presiden Apis sendiri sebab memaklumkan tentang penganjuran pogram. Hajat di hati selama ini memang ingin bersama mengikuti pogram2 yang dianjurkan Apis, tapi tak kesampaian kerana banyak kekangan dan kelemahan yang datang daripada diri sendiri. Namun akhirnya atas izin Allah berjaya juga melapangkan diri untuk menghadiri PJU08 yang berlangsung nun jauh di hujung Selangor sana. Rasa gembira yang tak terhingga kerana Allah kabulkan doa agar dapat menyertai pju kali ini. Alhamdulillah juga kerana dapat membawa bersama 5 orang lagi sahabat2 dari UNISEL untuk memeriahkan lagi PJU08. Terima kasih pada kalian yang sudi menemani Huda^^ (k.zu,daihyou,lani,syara & beefa) bersusah payah dan berpenat lelah untuk tiba ke Anjung Rahmat dan melaui pelbagai halangan ke PJU08, moga kalian diberkati Allah.


Pogram jalinan ukhwah yang pertama huda hadiri ni benar2 memberi kesan yang mendalam bukan saja dari segi ilmu tapi juga dari aspek pembinaan ukhwah dan keperibadian. Bertemu dengan peserta2 pogram yang MasyaAllah soleh & solehah belaka membuat diri ini terasa kerdil. Ditambah lagi dengan pengisian pogram yang menyentuh nurani hingga menitis air mata tatkala mendengar tarbiyah yang diberi. Antara pengisian yang paling huda takkan lupa adalah tarbiyah dari ustaz Meeftah yang mengingatkan diri ini bahawa Islam itu mudah jangan kita persulitkan ajarannya. Kata ustaz lagi "buatlah apa kita nak buat selagi tak langgar syariat Islam" Bila dilihat kembali pada diri ini terasa banyak yang perlu diperbaiki.


Apabila akhlak dianggap lalang,muslim pencemar Islam? hmm..memang menarik tajuknya tapi slot ni memang menguji kewibawaan dan kecekalan peserta yang mendengar. Mana taknye waktu malam ditambah lagi dengan kedinginan dewan memang mata ni terasa berat yang amat untuk dibuka. Tapi disebabkan diri ini masih cetek ilmu pengetahuan, Huda gagahkan diri,cekalkan hati untuk mendengar bicara ahli panel yang benar2 menyentap jiwa serta membawa satu anjakan pemikiran yang baru. Terkesan dek cerita En.Abu Bakar mengenai kehebatan tentera waktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang perkasa kerana ibadah mereka yang hebat membuat kami menghisab amalan yang sangat kecil jika nak dibandingkan dengan mereka sewaktu itu. Maka tak mustahil angkatan tentera pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih yang masih muda renta lagi berjaya menakluk kembali Constantinople dan membawa kepada kehancuran empayar Byzantine. Belia kita di zaman ini pula adakah mampu ??? Tak perlu fikir pun mungkin sudah tahu jawapannya...

Apa yang penting pogram ini berjaya menjalin ukhwah antara bekas2 palajar SBP,pelajar2 yang masih menuntut di SBP serta ramai lagi. Masa tiga hari rasanya memang tak cukup untuk Huda yang memang rindu dengan iklim dini SMAPL 6 tahun yang lalu yang mana dapat dinikmati semula sewaktu di PJU08. Hati terasa berat untuk meniggalkan ILDAS di hari terakhir pogram tapi apakan daya banyak lagi komitmen yang menanti, menuntut diri ini untuk berpisah dengan sahabat yang sefiqrah. Benarlah ukhwah yang terjalin kerana Allah itu memang teramat manis rasanya hingga tak terungkap dek kata.

"Semoga ukhwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk mencintaiNya, diratib demi RedhaNya.."



p/s: sekalung penghargaan & tahniah buat ajk2 yang menjayakan PJU08 terutamanya tuan presiden,kak aisyah idris yang tersayang yang banyak bersusah payah kerana kami..moga PJU akan datang lebih baik lagi..buat peserta PJU08 esp mut kisas,ilah dan yang lain2 x sabar nak bertemu kalian lagi..ingat daku dalam doa kalian^^

Saturday, December 13, 2008

Basmalah & pC fair...

Tak nak keluar hujung minggu ni klo ikutkn sbb minggu dpan 18/12 ade kuiz KAGAKU(chem)..

tetapi disebabkn keinginan yg dipendam untuk membeli barang yg teramat sangat dingini telah membawa huda & lini ke PC Fair di KLCC..x pernah pergi PC fair sblum ni sbb x suka klo book fair best sikit sbb ade banyak buku & untung badan boleh jumpa dengan karyawan2 mcm Faisal Tehrani,Awang Murshid & A.Samad Said..klo dkat PC Fair jumpa lap top, 'pandu jari' xpon 'tikus' jelah...


kami pergi beramai tapi smpai sana semua org brpecah mencari barang masing2..sebelum masuk ke dewan utama lini pon ingatkan huda..


"Huda,jangan masuk dulu..baca bismillah,langkah kaki kanan.."


Huda pon ikut membaca & kami meronda-ronda mencari barang yg dihajati...last2 jumpa jugak brg tu tp harganya mahal sikit xde less walaupon di PC Fair..dlm hati rse agak menyesal, baik pergi dekat2 s.alam je x yah pnat2 cm ni...yelah jenama SONY,harga pasaran RM299,kt situ pon sama cuma bezanye dapt bnyk free gift..setelah berfikir secara rasional & warasnyer maka huda pon jadilh beli...dipendekkn cerita sepatutnya duit yg tinggal pd huda x smpi RM10 pon,risau dibuatnye knape duit dlm dompet ni banyak sgt..then waktu makan kt KL sentral tangan ni rasa mcm nk buka balik resit brg yg beli kt PC Fair td tu...


"Ya Allah! Cashier ni salah tulis ke?!! Sepatutnye harga bnde ni RM299 tapi die tulis RM229"

Patotlah baki yg die bg balik mcm trlebih bnyak je..sekarang ni ada 2 kemungkinan je samada cashier slh tulis atau mmg ada diskaun yg huda x tahu..hmm saa wakannai..nak patah balik dh petang,lagipon bak kata Nik tu mungkin rezki huda lagipon penjual dh setuju dgn barang yg dijualnye..akad dah berlaku dgn jayanye...tapi haraplah memg ade diskaun sebenarnye kn, x perlu rasa bersalah sangat...


Cuba mencari hikmah dari apa yg berlaku pagi tadi..mungkin ini jawapannya :


lafaz basmalah memulai langkah kami di PC fair yg mana keberkatan Tuhan ada bersamanya..rezki yg x disangka datang berkunjung bila namaNya mengeringi kita dalam setiap perbutan..InsyaAllah...thanx pd lini juga sbb ingatkn huda dgn lafaz basmalah^^

Moral of da story: jom mulakan dgn Bismillah & akhiri dgn Alhamdulillah dalam setiap langkah kita,moga sentiasa mendapat keberkatan...amin ya Rabbal'alamin..

Sunday, December 7, 2008

ADAM,,,




.....Mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus elok

jika datangnya dr kayu yg bengkok.....

begitulah peribadi yg dibentuk .....

syukur pd yg Maha Esa masih punya peluang utk kita bernafas menumpang di dunia fana ini

aku mulakan coretan kali ini dengan bait senikata dendangan dehearty brjudul wanita...

ingin aku bawa kalian berfikir...mengapa ya bayangan bengkok iu terjadi??

jari2 ini ingin mencoret sesuatu yg ak pendam buat beberapa ketika

yg mana ak saksikan sendiri juga berlaku pada diri ini juga...

sukar untuk kuluahkn,namun harus juga ku sampaikn juga buat pedoman diri ini dan semua..

fitrah manusia itu ingin menyinta dan dicintai...namun jgn biar rasa itu mmbuat kita binasa..

mungkin ak blum ckup matang dan juga tidak layak untuk menitipkan kata namun ak rimas
dengan sikap segelintir

manusia yg bernama ADAM...kaum yg Allah ciptakn dengan anugerah akal fikiran yg cukup

hebat...namun tak dapat mereka gunakn sepenuhnya..kalian selalu mmbuat aku brfikir..kenapa

begitu mudah untuk jatuh trsungkur pd insan lemah seperti HAWA?? kenapa begitu mudah

untuk kalian menggadai harga diri & harta benda untuk mencuri hati wanita yg belum tentu

jodohmu?? kenapa terlalu mudah untuk kalian terjerat dalam fitnah dunia terbesar ini??

jawapannya terletak pada dirimu wahai ADAM...bukan sengaja aku membuka aib mu namun

aku rimas dengan apa yg aku saksikan...ini bukan omongan kosong tapi realiti sahabat2 yg aku
kasihani......engkau punya harga diri sebagai pemimpin

kami..engkau juga punya tjwb besar pd Penciptamu & keluarga...jgn kau hancurkan harga dirimu
kerana insan bernama wanita ini...

cukuplah sekadar kau kagumi Hawa sebagai hiasan Allah di dunia fana ini jauh di sudut hati

kecilmu...jgn kau biarkan nafsu memandu bahtera hidupmu...aku kecewa dengan sahabat2 yg

binasa kerana menyintai wanita,aku kecewa pada sahabt yg trlampau mengejar wanita...aku

juga kecewa dengan si Adam yg meletakkan kecantikan paras wanita sebagai ukuran...mana

perginya akal warasmu dalam menilai??mana perginya karismamu dlm hidup??kerana lelaki

seperti kalian lah lahirnya bayangan yg bengkok....

pujangga pernah berkata lelaki itu ibarat anak kecil perlu dibelai & dimanja,namun jgn kau tagih

kasih sayang pada yg bukan milikmu...jgn kau cuba buka laluan kpd syaitan utk

menggodamu..tetapkn hatimu,tundukkan pandanganmu kerana mata itu titian maksiat engkau

& hawa....terus saja pada realiti,jgn kau selalu menghantar sms kpd hawa ttg sesuatu yg

x penting,tiada manfaat dan faedah dan bisa membangkitkan syahwatmu...kerana engkau bisa
menggoda hawa yg brhati lembut agar

menyerah dengan pujuk rayumu...jgn kau cuba menceritakn dermawanmu bersedekah kpd

anak2 yatim,keikhlasanmu mmbantu mahupon kebaikan yg kau lakukan demi memenangi

hatinya...demi membina karakter pahlawan dimatanya...hentikanlah prbuatan sia2mu itu,kerna

hanya takbur & riak yg datang bersama...biar apa yg kau hulurkan di kanan,yg kiri jgn biar ia

tahu..biar apa yg kau lakukan hanya kerana Allah.. demi mencari RedhaNya..

aku berpesan-pesan ke arah kebaikan..ambillah apa yg trsirat,jdkn pedoman,moga yg bengkok

dapat kau luruskan...InsyaAllah..bersama kita menuju redhanya
wallahua'alam...