Sunday, December 21, 2008

PROGRAM JALINAN UKHWAH 2008 (APIS)

Assalammualaikum..

Lama sudah tak menulis..rindu rasa hati ini..ingin berkongsi sedikit coretan pengalaman sewaktu menyertai Pogram Jalinan Ukhwah 2008 anjuran Alumni Pelajar Islam Sbp di Institut Latihan Dakwah Selangor dari 19 hingga 21 Disember yang lalu.


Terima kasih pada presiden Apis sendiri sebab memaklumkan tentang penganjuran pogram. Hajat di hati selama ini memang ingin bersama mengikuti pogram2 yang dianjurkan Apis, tapi tak kesampaian kerana banyak kekangan dan kelemahan yang datang daripada diri sendiri. Namun akhirnya atas izin Allah berjaya juga melapangkan diri untuk menghadiri PJU08 yang berlangsung nun jauh di hujung Selangor sana. Rasa gembira yang tak terhingga kerana Allah kabulkan doa agar dapat menyertai pju kali ini. Alhamdulillah juga kerana dapat membawa bersama 5 orang lagi sahabat2 dari UNISEL untuk memeriahkan lagi PJU08. Terima kasih pada kalian yang sudi menemani Huda^^ (k.zu,daihyou,lani,syara & beefa) bersusah payah dan berpenat lelah untuk tiba ke Anjung Rahmat dan melaui pelbagai halangan ke PJU08, moga kalian diberkati Allah.


Pogram jalinan ukhwah yang pertama huda hadiri ni benar2 memberi kesan yang mendalam bukan saja dari segi ilmu tapi juga dari aspek pembinaan ukhwah dan keperibadian. Bertemu dengan peserta2 pogram yang MasyaAllah soleh & solehah belaka membuat diri ini terasa kerdil. Ditambah lagi dengan pengisian pogram yang menyentuh nurani hingga menitis air mata tatkala mendengar tarbiyah yang diberi. Antara pengisian yang paling huda takkan lupa adalah tarbiyah dari ustaz Meeftah yang mengingatkan diri ini bahawa Islam itu mudah jangan kita persulitkan ajarannya. Kata ustaz lagi "buatlah apa kita nak buat selagi tak langgar syariat Islam" Bila dilihat kembali pada diri ini terasa banyak yang perlu diperbaiki.


Apabila akhlak dianggap lalang,muslim pencemar Islam? hmm..memang menarik tajuknya tapi slot ni memang menguji kewibawaan dan kecekalan peserta yang mendengar. Mana taknye waktu malam ditambah lagi dengan kedinginan dewan memang mata ni terasa berat yang amat untuk dibuka. Tapi disebabkan diri ini masih cetek ilmu pengetahuan, Huda gagahkan diri,cekalkan hati untuk mendengar bicara ahli panel yang benar2 menyentap jiwa serta membawa satu anjakan pemikiran yang baru. Terkesan dek cerita En.Abu Bakar mengenai kehebatan tentera waktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang perkasa kerana ibadah mereka yang hebat membuat kami menghisab amalan yang sangat kecil jika nak dibandingkan dengan mereka sewaktu itu. Maka tak mustahil angkatan tentera pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih yang masih muda renta lagi berjaya menakluk kembali Constantinople dan membawa kepada kehancuran empayar Byzantine. Belia kita di zaman ini pula adakah mampu ??? Tak perlu fikir pun mungkin sudah tahu jawapannya...

Apa yang penting pogram ini berjaya menjalin ukhwah antara bekas2 palajar SBP,pelajar2 yang masih menuntut di SBP serta ramai lagi. Masa tiga hari rasanya memang tak cukup untuk Huda yang memang rindu dengan iklim dini SMAPL 6 tahun yang lalu yang mana dapat dinikmati semula sewaktu di PJU08. Hati terasa berat untuk meniggalkan ILDAS di hari terakhir pogram tapi apakan daya banyak lagi komitmen yang menanti, menuntut diri ini untuk berpisah dengan sahabat yang sefiqrah. Benarlah ukhwah yang terjalin kerana Allah itu memang teramat manis rasanya hingga tak terungkap dek kata.

"Semoga ukhwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk mencintaiNya, diratib demi RedhaNya.."



p/s: sekalung penghargaan & tahniah buat ajk2 yang menjayakan PJU08 terutamanya tuan presiden,kak aisyah idris yang tersayang yang banyak bersusah payah kerana kami..moga PJU akan datang lebih baik lagi..buat peserta PJU08 esp mut kisas,ilah dan yang lain2 x sabar nak bertemu kalian lagi..ingat daku dalam doa kalian^^

4 comments:

sakura_heart said...

alangkah indah bertemu dn berpisah kerana Allah...
nak join jugak...
hehe...

Ibnu Ahmad Zhaki said...

Salam,

Tahniah buat adinda Huda yang begitu berjaya menghayati program PJU. Ya, memang antara hadaf APIS ditubuhkan adalah untuk mengabdikan ukhwah fillah.

Insya ALLAH, ayuh kita teruskan penglibatan dalam APIS dengan niat mencari keredhaan ALLAH s.w.t.

"voyager" kana... said...

tahniah2...smoga ap yg diperoleh diamal, x disimpan semata...

Azizul aoi said...

fuda makan kudaa....follow la blog aku....