Lama sudah tak menulis..rindu rasa hati ini..ingin berkongsi sedikit coretan pengalaman sewaktu menyertai Pogram Jalinan Ukhwah 2008 anjuran Alumni Pelajar Islam Sbp di Institut Latihan Dakwah Selangor dari 19 hingga 21 Disember yang lalu.
Terima kasih pada presiden Apis sendiri sebab memaklumkan tentang penganjuran pogram. Hajat di hati selama ini memang ingin bersama mengikuti pogram2 yang dianjurkan Apis, tapi tak kesampaian kerana banyak kekangan dan kelemahan yang datang daripada diri sendiri. Namun akhirnya atas izin Allah berjaya juga melapangkan diri untuk menghadiri PJU08 yang berlangsung nun jauh di hujung Selangor sana. Rasa gembira yang tak terhingga kerana Allah kabulkan doa agar dapat menyertai pju kali ini. Alhamdulillah juga kerana dapat membawa bersama 5 orang lagi sahabat2 dari UNISEL untuk memeriahkan lagi PJU08. Terima kasih pada kalian yang sudi menemani Huda^^ (k.zu,daihyou,lani,syara & beefa) bersusah payah dan berpenat lelah untuk tiba ke Anjung Rahmat dan melaui pelbagai halangan ke PJU08, moga kalian diberkati Allah.
Pogram jalinan ukhwah yang pertama huda hadiri ni benar2 memberi kesan yang mendalam bukan saja dari segi ilmu tapi juga dari aspek pembinaan ukhwah dan keperibadian. Bertemu dengan peserta2 pogram yang MasyaAllah soleh & solehah belaka membuat diri ini terasa kerdil. Ditambah lagi dengan pengisian pogram yang menyentuh nurani hingga menitis air mata tatkala mendengar tarbiyah yang diberi. Antara pengisian yang paling huda takkan lupa adalah tarbiyah dari ustaz Meeftah yang mengingatkan diri ini bahawa Islam itu mudah jangan kita persulitkan ajarannya. Kata ustaz lagi "buatlah apa kita nak buat selagi tak langgar syariat Islam" Bila dilihat kembali pada diri ini terasa banyak yang perlu diperbaiki.

Apa yang penting pogram ini berjaya menjalin ukhwah antara bekas2 palajar SBP,pelajar2 yang masih menuntut di SBP serta ramai lagi. Masa tiga hari rasanya memang tak cukup untuk Huda yang memang rindu dengan iklim dini SMAPL 6 tahun yang lalu yang mana dapat dinikmati semula sewaktu di PJU08. Hati terasa berat untuk meniggalkan ILDAS di hari terakhir pogram tapi apakan daya banyak lagi komitmen yang menanti, menuntut diri ini untuk berpisah dengan sahabat yang sefiqrah. Benarlah ukhwah yang terjalin kerana Allah itu memang teramat manis rasanya hingga tak terungkap dek kata.
p/s: sekalung penghargaan & tahniah buat ajk2 yang menjayakan PJU08 terutamanya tuan presiden,kak aisyah idris yang tersayang yang banyak bersusah payah kerana kami..moga PJU akan datang lebih baik lagi..buat peserta PJU08 esp mut kisas,ilah dan yang lain2 x sabar nak bertemu kalian lagi..ingat daku dalam doa kalian^^